Logo Background RSS

» UMNO

  • Comelnya perangai orang Umno…
    September 21st, 2008 | 14 Komen14 Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Salah satu contoh orang Umno yang paling cerdik dan berdiplomasi di Parlimen Parit, Perak. Macam bagus je suruh orang berambus. Pakai pulak loud speaker. Awat suara hang cam pompuan ke kalau tak guna loud speaker ? :D

    Semoga Allah S.W.T memberi petunjuk hidayah kepada orang yang menghalau kumpulan amal tersebut.

  • Patutlah Umno kalah kat Permatang Pauh
    September 1st, 2008 | 8 Komen8 Comments Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Ini penerangan daripada video tersebut.

    The video was taken when Anwar Ibrahim was campaigning at Permatang Pauh. Some Puteri UMNO members were seen talking out from UMNO-BN operations centre, approached Anwar and some were apologising to him for whatever that they had said about (thrown at) him. And one of them was saying ‘my husband is a great admirer of yours’. It is not at all difficult to extrapolate from such sentiment that the current UMNO-BN coalition is extremely weak!

    Source: Video: Puteri UMNO members apologising to Anwar Ibrahim

  • Gambar Banner Provokasi dari UMNO!!
    August 24th, 2008 | 2 Komen2 Comments Comments

    Pilihanraya kecil Permatang Pauh sudah semakin hampir. Gambar di bawah menunjukkan beberapa banner provoke yang telah dipasang oleh UMNO sebagai salah satu strategi terakhirnya untuk memusnahkan DSAI. Kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh diharap tidak mudah terpedaya dengan taktik busuk Umno ini. Selamat mengundi!

    Provokasi Umno Permatang Pauh

    Provokasi Umno Permatang Pauh
    (more…)

  • Pesanan ringkas dari TG NIK AZIZ
    August 22nd, 2008 | 3 Komen3 Comments Comments

    Beliau sedang berada di Hospital menjalani rawatan dan ini adalah pesanan dari beliau

    RAYUAN PENGUNDI DI PERMATANG PAUH

    Kepada Seluruh Rakyat Malaysia, Khasnya Permatang Pauh.

    Tuan/Puan,

    Alhamdulillah. Setelah sempat mengikuti sendiri proses penamaan calon di Permatang Pauh pada 16 Ogos 2008, sedarlah saya yang ia adalah sebuah pilihan raya kecil yang amat sengit. UMNO/BN melihat pertarungan ini perlu memberi kemenangan mandatori kerana kekalahan boleh membawa kepada Pakatan Rakyat maju ke hadapan untuk mara ke Putrajaya. Mereka cukup takut kedatangan tanggal 16 September 2008 kerana di sana ada sesuatu yang mereka percaya akan berlaku. Jadi menyekat DSAI adalah menjadi keutamaan mereka yang paling atas.

    Saudara/Saudari Sekalian,

    Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berkempen untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan berlangsung pada 26 Ogos 2008 nanti. Kita semua maklum bahawa penyertaan beliau dalam pilihan raya kecil ini adalah untuk meneruskan perjuangan menegakkan keadilan sekaligus menentang penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan rasuah dalam pemerintahan negara seperti yang sedang kalut diperkatakan di dada-dada akhbar. Semua ini untuk membetulkan landasan supaya negara kita selamat dari ancaman kegelinciran iman, aqidah dan taqwa kepada Allah S.W.T.

    Walaupun telah dihina dan diaibkan dengan teruk 10 tahun lalu, saya perhatikan musuh-musuh yang tidak berperikemanusiaan tidak pernah puas untuk menzalimi beliau. Dengan modal yang sama, sekali lagi beliau difitnah dengan tuduhan yang tidak tergamak untuk saya menyebutnya.

    Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik. Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan.

    Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini. Sikap protes ini harus lantang dan konsisten hingga sampai ke peti undi pada 26 Ogos 2008.

    Wassalam.

    DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
    Mursyidul Am PAS

  • Forum Perdana Anjuran UMNO kosong!
    August 22nd, 2008 | Tiada Sebarang Komen Comments

    You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video

    Berikut sedikit detail yang aku dapat:

    21 OGOS – Forum Perdana Anjuran UMNO di Sek. Men. Penanti sempena Pilihanraya Kecil Permatang Pauh kosong tanpa kehadiran orang ramai. Forum tersebut dikatakan bakal dihadiri penceramah hanya kebanyakan dihadiri kerusi kosong sebanyak 2000 unit. Sehingga pukul 11.30 malam keadaan masih lagi kosong. Program berkenaan dijadual mendapat liputan secara langsung di RTM, bagaimanapun terpaksa dibatalkan kononya atas sebab teknikal.

    Tips untuk menangani masalah ini: Cuba Umno bagi RM100 seorang…konfirm penuh :D