Posts tagged "UMNO"

Fitnah: Arah Tadika Kemas ditutup

 Seperti Maklumat yang baru tersiar di buletin utama tadi. Kerajaan Alternatif di Kedah “mengarahkan” agar Tabika Kemas di tutup. Ini tidak ubah seperti mainan wayang UMNO (BN) untuk memburukkan lagi Kerajaan Kedah. Meskipun baru sehari Ustaz Azizan Razak mengangkat sumpah, sudah ada usaha-usaha dari Pembangkang disana menimbulkan kekacauan.

Bagi saya yang duduk di Perak ini, saya juga ada menerima laporan bahawa tabika kemas di Perak juga akan ditutup. Untuk kepastian, saya ke Flat Ashby (dibelakang SMK Seri Putera). Disana saya bertanya kepada penduduk samada Tabika Kemas ini dibuka atau tidak. Menurutnya Tabika Kemas masih cuti tetapi Kelas KAFA kelolaan Kemas ada pengajian petang tadi.

Jika kita singkap kembali peristiwa di Terengganu, Penutupan Tabika Kemas ini menjadi fitnah besar pada PAS ketika itu. Begitu juga laporan terkini ini dari Pegawai Kemas Negeri Perak iaitu arahan penutupan dari Kerajaan Alternatif negeri Perak. Tidak munasabah kerana belum mengangkat sumpah lagi sudah ada fitnah yang mengatakan penutupan Tabika Kemas ini.

Sebetulnya Tabika Kemas ini adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat. Sepatutnya Kerajaan Pusat mengambil hati rakyat dan tidak membiarkan pelajar-pelajar Tabika ini terbiar. Sekiranya Kerajaan Pusat tidak bertanggungjawab ke atas Tabika Kemas diseluruh negara ini, “maka sampai kiamat pun BN tidak akan dapat merampas negeri-negeri ini”.

Sumber: TranungKite.net

1 comment - What do you think?

Agong tolak Idris Jusoh sebagai MB Terengganu?

 Hari ini saya ke Kuala Terengganu untuk dua urusan dan baru sekejap sampai di rumah. Sebelum itu saya singgah sebentar di Rusila untuk dapatkan satu maklumat berkaitan baling bas secara terperinci melalui orang kampung di situ. Rasanya kita akan bincang kemudian, pasal ada satu lagi isu lebih penting.

Isu penting dan paling ‘best’ untuk dibincang ialah “Agong dok saing surat perlatikan Deris Jusoh” (Agong tak nak tanda tangan untuk perlantikan DS Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu).

Dulu Sultan Mizan (belum beliau menjadi Agong) pernah tak setuju dengan Idris Jusoh ini sehingga tertangguh perlantikan tersebut beberapa hari sehingga hari Khamis pada pilihanraya 2004 yang lalu.

Oleh kerana ini isu Istana, tak banyakyang berbincang dalam media terbuka. Saya sekadar menginggatkan semula, ‘masihkah kau ingat?’

Kaitan cerita ini boleh didapati daripada akhbar. Petikan Utusan hari ini 10 Mac 2008 ialah.

Majlis angkat sumpah dan pelantikan Exco Terengganu ditunda
10/03/2008 3:01pm
KUALA TERENGGANU 10 Mac — Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Terengganu dan pelantikan Exco-exco kerajaan negeri yang dijadual berlangsung di Istana Maziah di sini pagi ini dibatal pada saat-saat akhir.

Pembatalan majlis itu diumum oleh Datuk Bentara Luar Datuk Omar Pilus kira-kira pukul 8.55 pagi dengan memaklumkan majlis mengangkat sumpah itu telah ditangguh sehingga ke suatu masa yang ditetapkan kemudian.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata upacara itu terpaksa ditunda pada saat-saat akhir kerana Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh masih berada di Kuala Lumpur. – Bernama

Takkan kerana Deris tak balik tertangguh, yang pergi kumpul penuh dewan semua hadir tu, apa pasal?? Banyak perkara yang pelik!

Menurut berita yang disampaikan, dua nama yang dicadang untuk mengantikan Deris Jusoh ialah Rasol Wahid (Adun Ajil) dan Mat Said (Adun Kijal) yang merobohkan masjid Bujal juga tidak diperkenankan oleh Agong.

Menurut sumber ini juga, nama cadangan ketiga ialah Rozi. Itu pun masih dalam perbincangan.

Saya tidak boleh memastikan ketepatan berita ini, sekadar menyampaikan. Kita lihat apa yang jadi..

Oleh: Songkok Putih

7 comments

« Previous PageNext Page »