Minyak Naik: Dalih penyokong BN

Posting daripada sorang sahabat di salah satu forum.
Heran aku ngan penyokong BN kat tempat aku nih…ni sebahagian dari pandangan munafiq diorang.
Penyokong 1 : “Nasib baik BN, kalo PR yg jadi kerajaan mesti minyak naik RM5.00″
Penyokong 2 : “ala baru 78sen, kire ok la tu”<—pada hal kerani je!
Penyokong 3 : “bagus la, kan ke kite nak banteras penyeludup minyak… biar la naik RM3.00 pun”
Penyokong 4 : “subsidi masih kerajaan bagi lg…kalo tak bagi lansung? hah lagi teruk”
Penyokong 5 : “harga minyak dunia naik, mesti la harga minyak kat M’sia naik”
Penyokong 6 : “takpe lah! aku tetap sokong BN” tapi aku percaya…jauh disudut hati diorang, mesti ade perasaan kecewa! Tinggal kepala biru je yang tak boleh nak tukar kaler. Sampai mampos la ngan BN(barang naik).Ps: Aku yg gaji besor ni pun tak senang duduk minyak naik…kerani tu pulak boleh eksen! apa nak jadi ngan diorang nih? sampai bila…….?
IzoBlog: Isu kenaikan harga petrol & harga barang bukanlah isu Pakatan Rakyat/Pas/PKR. Semua orang akan merasa kesannya termasuk jugak penyokong2 BN. Memang orang BN sebenarnya BUTA KAYU. Dia orang nampak, sedih & dukacita tapi tak nak mengaku realiti kesilapan pemimpin mereka. Yang penting dia orang tak nak mengaku silap dia orang sebab memangkah BN pada PRU-12 yang lalu.
Jutaan Tahniah kepada pengundi Barisan Nasional
Yeh! Yeh ! BN bagi hadiah..! Yeh! Yeh! Terima Kasih Pak Lah & BN kerana bagi hadiah istimewa kepada rakyat Malaysia. PRU 11 rakyat Malaysia diberi hadiah kenaikan petrol RM 0.30 kerana kemenangan besar yang diperolehi. PRU 12 rakyat malaysia diberikan hadiah lagi istimewa iaitu beras naik hampir 50% & petrol di naikan RM 0.78 seliter kerana kemenangan majoriti mudah. Marilah beramai-ramai kita sebagai rakyat malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pimpinan PM kesayangan kita PAK LAH & BN kerana hadiah istimewa ini….Jawapan standard yg telah & akan di gunakan/diskripkan : Kenaikan harga GLOKAL, GLOKAL, GLOBAL, GLOBAL akhir nya GOBLOG utk rakyat Malaysia. Betulkan apa yang aku cakap kat posting aku sebelum PRU12 sebelum nie: Minyak tak naik. Boleh caya ke?
Aku dah cakap…tapi korang jugak yang tak percaya. Jangan salahkan aku pulak. Betul cakap Husam Musa sebelum pilihanraya. harga petrol akan dinaikkan sekurang-kurangnya 70 sen selepas pilihanraya…sesungguhnya aku masih ingat lagi… kepada rakyat malaysia yang memangkah BN…syabas dan tahniah di atas hadiah daripada kerajaan yang sangat-sangat menggembirakan ini…
SEDIKIT INFO PASAL HARGA MINYAK DI MALAYSIA
sebelum 1990 – RM 0.89
Tahun 1990 – RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 – RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 – RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 – RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 – RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 – RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 – RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 – RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 – RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 – RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 – RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
Tengah Malam nih (05/06/2008) – RM 2.70 (kenaikan RM 0.78 )
IzoBlog: Pak Lah cakap “Ubah cara hidup”. Hehehe…Wakenabeb!
