Posts tagged "wimax"

Abang dah potong?


Abang dah potong? Semua orang dah potong. ..beginilah iklan ISP P1 Wimax. Kelakar juga tagline iklan ni sekali pandang orang ingat potong tu macam berkhatan. :D

Memang jelas P1 cuba “menganjing” pesaing utamanya dalam internet jalur lebar iaitu Streamyx produk dari TM kerana gambarnya yang memotong kabel RJ11 iaitu wayar telefon tetap.

Baguslah kerana dengan ada saingan ISP-ISP tempatan dapat menurunkan caj perkhidmatan mereka. Pada saya pula apa yang penting ialah kualiti perkhidmatan dan kebolehan melayari internet dengan laju tanpa putus-putus.

Saya kini melanggan Celcom Broadband dan Streamyx. Broadband Celcom boleh dikatakan ok juga tetapi banyak bergantung pada coverage. Covergae di tempat saya ok. Streamyx pula kadang-kadang laju dan kadang-kadang slow. Tapi banyak slow pada laju. Ini adalah satu cabaran bagi TM kerana dalam Bajet 2010 pun PM sudah mengumumkan TM akan memulakan projek jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) yang bernilai RM11 billion . Kerajaan akan melabur RM2.4 bilion dan TM membiayai bakinya RM8.91 bilion.

HSBB akan memberi speed sehingga 10Mbps kepada pelanggan kediaman dan sehingga 100Mbps kepada pelanggan perniagaan dengan teknologi fiber dan teknologi IP sepenuhnya. Ini adalah tempatnya kerana isu hangat pelabur dari Australia risau dengan keadaan sambungan internet di Malaysia.
Secara overallnya walau pun banyak komplen boleh dikatakan streamyx adalah the best of the worst broadband in Malaysia.

Berbalik kepada kempen potong P1 Wimax tadi. Ramai juga yang sudah komplen perkhidmatan P1 ni. Seperti Broadband Celcom, ramai yang mengatakan laju pada mulanya tetapi apabila pertambahan pelanggan mulalah menjadi slow gila. Sehingga istilah berukband, snailmyx, p1 Why Mek, Max Cis dicipta oleh pelanggan yang tidak berpuas hati.

Ni pula iklan TM yang melawan balik iklan kempen potong P1 Wimax:


Kalau dipandang betul-betul, muka mamat ni iras-iras wajah CEO P1 Wimax, Michael Lai

Apa yang diharap ialah jangan berlawan iklan jer . Lawan dengan servis!

10 comments - What do you think?

TMnet Streamyx buat hal lagi

2 hari lepas Streamyx aku bermasalah dan tidak dapat connect ke internet. Dia mula buat hal tengah hari Selasa. Lampu ASDL dia tu asyik duk berkelip-kelip jer! Sekejap OK sekejap KO.  Nak kata tak aku bayar bil, bil yang sampai tu tak sampai lagi sebulan :D Ikut pengalaman yang lepas-lepas walaupun aku tak bayar sebulan pun Telekom masih lagi tak potong line. Dia akan masukkan  bayaran tersebut ke dalam tunggakan untuk bil bulan seterusnya. Maka aku pun terus menelefon TMnet Support di talian 130088951. Terdapat pengumuman perkhidmatan Streamyx dibeberapa kawasan di Utara Malaysia, Sabah dan Sarawak mengalami gangguan dan sedang dibaiki. Aku terfikir, mungkin disebabkan masalah yang ini kut…tapi aku berada di sebelah timur(Terengganu). Tak mungkinlah. Tiba-tiba ada awek yang angkat… :D

Awek tu tanya nama aku pastu tanya id untuk login account streamyx. Aku bagi. Pastu dia mintak nombor henset aku…aku bagi. Untuk pengetahuan semua ini bukan kali pertama aku berurusan dengan TMnet Support. Tapi aku dah dapat agak apa yang diorang akan cakap selepas itu. Ayat yang sama jer…

“Encik sekarang sedang berada di depan komputer? Sila pastikan yang semua kabel-kabel disambung dengan sempurna.”

Aku jawab, “Sebelum nie takde masalah pon. Tadi ok lagi…ini takde kena-mengena dengan kabel. Tiba-tiba jer lampu ADSL berkelip-kelip”

“oOo dia berkelip yer? Encik ada pakai splitter tak? Kalau macam itu cuba encik buat direct connection tanpa menggunakan splitter. Pastikan kabel-kabel dipasang dengan sempurna.”

Pastu bermacam-macam lagi dia tanya dan suruh aku buat.

Kalau ikut pengalaman yang lepas-lepas tak sempat TM staff tu nak bercakap, aku cepat-cepat potong cakap diorang. Aku ikut apa yang kawan aku cakap. Kawan aku(bekas technician Streamyx) cakap jangan bagi TM staff tu cakap apa-apa, ko yang cakap dulu masalah ko(jika kita pasti masalah itu bukan daripada kita). Kalau tak memang dia akan suruh wat perkara2 camtu. Tapi entahlah…kali nie tak jadi guna trik nie.

Lepas jer letak telefon, sampai reminder daripada Celcom berkenaan baki topup henset aku. Ada ler dua ringgit lagi. :D “Aiik…TMnet Support pun charge jugak ke aku telefon diorang,” cakap  aku dalam hati. Dah ler aku tengah tension giler nie, sempat lagi mereka wat bisnes terhadap pelanggan-pelanggan mereka yang menghadapi masalah dengan service mereka.

Aku buat apa yang awek tu suruh…walaupun dalam hati aku dah agak masalah tu daripada service diorang. Lepas buat tu, masalah sama tetap timbul. Lampu ADSL masih berkelip-kelip. Aku telefon balik. Kali ni pakai telefon rumah. Takkan nak pakai henset kut…kredit aku tinggal dua ringgit lagi.
Read more…

14 comments - What do you think?