Cara Mengesan Pengguna Invisible Pada YM
Invisible Mode adalah berguna bagi mengelakkan kita diganggu oleh orang yang tidak dikehendaki atau semasa sibuk.Tetapi tahukah anda terdapat beberapa cara untuk mengesan bawah pengguna itu sedang online biarpun dia mengguna mode invisible.
Caranya mudah sahaja. Berbekalkan dengan aplikasi web pihak ketiga (3rd party), anda mampu untuk melihat seseorang itu sama ada di luar talian ataupun sengaja menginvisiblekan diri mereka. Anda hanya perlu letakkan ID pengguna tersebut untuk mengetahui status seseorang pengguna itu. Kesemua servis yang akan saya kongsikan ini percuma dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran atau pembayaran.
Y-Detector
![]()
Y-Detector memeriksa status Yahoo. Berkesan dan selalunya menunjukkan keputusan yang betul.
Status Detect

Status detect ini dikatakan mampu berfungsi dengan baik dan mempunyai antaramuka yang menarik.
Scan YM
ScanYM ini boleh mengesan status YM seseorang, avatar dan sedikit servis yang berguna dan selalunya memaparkan keputusan yang betul.
Y-Status

Selain menunjukkan keputusan yang betul, anda boleh menghantar mesej, melihat profil dan memuat turun avatar melalui Y-Status.
Yahoo! Messenger Invisible Detector
Pilihan email baru di Yahoo Mail

Yahoo baru sahaja menambah beberapa pilihan baru untuk mendaftar account email ataupun yahoo id. Kalau dulu jika kita mendaftar email yahoo contoh email adalah seperti berikut: contoh_email@yahoo.com. Sekarang Yahoo telah pun menambah dua lagi pilihan iaitu contoh_email@ymail.com atau contoh_email@rocketmail.com. Jadi cepat-cepat dapatkan nama email anda sebelum disambar orang :D
Email ini sama seperti email Yahoo Account sebelumnya. Interface yang dipakai juga sama. Namun yang berbeza cuma alamat email. Email baru ini boleh juga digunapakai bagi semua service yang ditawarkan oleh Yahoo seperti Yahoo Messenger dan lain-lain. Bagi yang mahu mendaftar account baru Yahoo ini bolehlah berbuat demikian di sini: http://mail.yahoo.com

