Sesuatu disebalik logo Yahoo!
Anda sudah tentu familiar dengan Search Engine Yahoo kan? Sebenarnya ada sesuatu disebalik logo Yahoo itu sendiri. Cuba anda klik pada bahagian ! seperti gambar di bawah. Maksud saya anda perlu ke website Yahoo.com kemudian pada bahagian logo seperti di bawah, anda perlu klik tanda !.

Yang penting anda perlu buka speaker PC anda kuat-kuat. Anda boleh dengar suara misteri :D
Mungkin sudah ramai yang tahu…tapi saja nak kongsi juga.
Pilihan email baru di Yahoo Mail

Yahoo baru sahaja menambah beberapa pilihan baru untuk mendaftar account email ataupun yahoo id. Kalau dulu jika kita mendaftar email yahoo contoh email adalah seperti berikut: contoh_email@yahoo.com. Sekarang Yahoo telah pun menambah dua lagi pilihan iaitu contoh_email@ymail.com atau contoh_email@rocketmail.com. Jadi cepat-cepat dapatkan nama email anda sebelum disambar orang :D
Email ini sama seperti email Yahoo Account sebelumnya. Interface yang dipakai juga sama. Namun yang berbeza cuma alamat email. Email baru ini boleh juga digunapakai bagi semua service yang ditawarkan oleh Yahoo seperti Yahoo Messenger dan lain-lain. Bagi yang mahu mendaftar account baru Yahoo ini bolehlah berbuat demikian di sini: http://mail.yahoo.com
