Tentang Saya
~Sometimes it is hard to introduce yourself because you know yourself so well that you do not know where to start with.~
Tentang Penulis
My real name Muhammad Hafizuddin. Known as Izo among his online friends. Anak jati Terengganu. Sekarang ini menetap di Kemaman mencari rezeki. Sungguhpun ICT bukan bidang saya, namun minat saya terhadap dunia ICT dan online income tetap bercambah.
Saya dilahirkan pada 19 April 1983. Sila tanda dalam diari anda.
Saya minat berniaga. Berimpian besar mahu menjadi seorang usahawan internet yang berjaya. Amat meminati, bersungguh dan penuh komitmen di dalam bidang perniagaan internet dan keusahawanan.
Pengalaman saya dalam bidang internet bermula pada tahun 2006. Sebelum bermula, saya memang ‘buta’ dengan perniagaan internet ini. Saya selalu berfikir macam mana orang cakap boleh buat duit melalui internet.Saya fikir mungkin hanya orang yang mencipta software seperti Windows, Adobe, Macromedia atau syarikat-syarikat besar seperti Amazon sahaja yang dapat buat duit melalui internet.
Jangkaan saya meleset. Rupanya orang-orang biasa pun masih boleh membuat duit dengan internet. Saya ambil masa beberapa bulan untuk membuat research berkenaan perniaagan di internet. Masa itu tutor saya Pakcik Google jer. Ahamdulillah berkat kesungguhan akhirnya saya dapat juga menghasilkan duit daripada internet.:biggrin:
Di blog ini saya menulis segala hal yang terlintas di kepala. Kadang-kadang blog lama tidak berupdate. Saya pun sibuk dengan profession harian saya. Jika ada masa terluang, insya-Allah saya akan update.
Saya boleh dihubungi di sini.
Salam perkenalan.
My Incomplete Tasks
1- Ingin mempunyai 100 blogs yang berkualiti. [dah lama tertangguh nie]
2- Belajar teknik Action Script Adobe Flash tahap advanced.
3- Belajar Edit Video Adobe After Effect tahap advanced.
4- Lain-lain banyak lagi…nak siapkan task yang nie dulu! :D
My Wish List

1- BMW M5 (bunyi cam tak masuk akal...tapi tak mustahil)

2- Nikon D3 (nak cuba jadi Photographer laks..)
Urm…tak sangka yer…anda dapat habiskan membaca sampai ke sini, kira anda ni memang benar-benar nak tahu pasal diri saya lah yer..Terima Kasih..
Oh! terharunya…

Sama marizya. Selamat menyambut aidil fitri
trus trang sy katakn sy ni sblum ni x prnah mgikuti ape22 blog pun, tp hari ni sy btul2 trtrik dgn blog sdra ni..byk info yg sy dpt disini…truskn ye sdra izo….
go. go, chayok!!!!
Terima kasih di atas sokongan saudari. Insya-Allah saya akan terus berkongsi ilmu di ruangan maya ini..selagi termampu.
smuanye x mustahil kan.. Insyallah . Yang penting jgn putus asa.. All da best . Go Izo
[Urm…tak sangka yer…anda dapat habiskan membaca sampai ke sini, kira anda ni memang benar-benar nak tahu pasal diri saya lah yer..Terima Kasih..]
Anda memang hebat!
Semoga Berjaya Muhammad Hafizuddin. Saya mengagumi blog saudara. Teruskan Usaha.
ASSALAIMUALAIKUM, SAYA AMAT MEMINATI BLOG SAUDARA,SAYA CUBA BUAT STU BLOG ALHAMDULILLAH BERJAYA TAPI BANYAK KEKURANGAN..HARAPAN SAYA SEMOGA MENDAPAT SEDIKIT TIPS DARI SAUDARA
tertarik ngan blog nie..wat sy glak pasai durian tumbuh kat pangkal , n insaf citer hampir kena rogol tuuu..
salam..saudara izo blh tlg saya tak? mcm mn nk kumpulkan semua email dr sender yg sama dlm satu folder secara automatik..(email guna Yahoo mail) tenkiu byk2..
orng kata impian biar besar. tapi jgn lupa tindakan yang betul dan berterusan merealisasikan matlamat dan impian.
moga sukses